Assalamualaikum semua .
hari ni "ana" nak share ilmu from majalah SOLUSI yakni Tip menutup aurat berdasarkan tajuk di atas yg diberi :) okay , semua manusia tak perfect. Tahu. Mana ada manusia yg PERFECT kan. So, jadilah baik kalau tidak mampu untuk menjadi TERBAIK. okay , mari kita kongsikan. *Banyak pulak celoteh aku kaan x)
-Menutup aurat adalah perintah daripada Allah SWT .Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki , namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar..
Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi .
1) Tahu Langkah pertama ialah ilmu.Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat , ciri-ciri pakaian yang menutup aurat , siapa mahram dan siapa ajnabi , hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
2) Sedar Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar .
3) Syiar Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yg menutup aurat.
4) Fungsi Cermin Sebelum melangkah ke luar rumah dgn yakin, tanyalah cermin , "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
5) Asingkan pakaian kpd 2 kriteria ; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
6) Malu Wanita yg tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan ajnabi akn berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7) Bersabat dgn wanita yg solehah boleh menguatkan pendirian & langkah seseorang wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kpd penampilan yg patuh kpd syariah.
8) Ekslusif Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik esklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu , usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kpd umum secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9) Banyak manfaat Wanita yg menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dgn lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yg memandang , tidak perlu ambil kisah gaya rambut , tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.
**************************************************************
Wallahu'alam , sebelum saya berundur ingin memohon maaf jika ada yg terasa. Ini sekadar perkongsian. Berubah lah :) Dan saya sertakan dgn satu klip video by Maher Zain yg bertajuk Open Your Eye. Buka lah mata anda. Semoga Allah merahmati kalian <3
No comments:
Post a Comment