Assalamualaikum.
Sudah lama kok aku menangguhkan untuk meng'update'mu wahai blog. maaf jika aku sering melupakanmu. apalah dayaku. aku mempunyai dendam yang aku sudah pun balas. Iaitu dendam utk online. well done, MasyaAllah.
Selepas Pmr, kami sebagai budak EX-Pmr terasa diabaikan. dulu, time before Pmr, sering dimanjai dan dibelai oleh guru guru. itu kisah dulu. Bukan sekarang.
Susunan aku tulis macam nak buat assignment. ape tu? aku bukan dialam itu lagi. sabar la sebentar. Jom kita start tajuk kita tu. (Ya Allah, straight nya aku. eh I am Nasihah. still this owner blog la. bukan Hackers ke Haters ke *eleh, lagak cam aku ade je semua tu. takde pun senanye. LOL ahahaha *)
JOM START. niat kerana Allah. dapat la Pahala. Naftahul Bil Bismillahirrahmanirrahim ;-)
Daripada Abu Said al-Khudri R.A, bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya) : "Sebelum zaman kamu pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanyakan seseorang yang paling alim pada masa itu.
Dia pun ditunjukkan kepada seorang rahib. Dia pun berjumpa rahib tersebut. Kepada rahib tersebut, dia memberitahukan bahawa dia telah membunuh 99 orang, apakah kemungkinan taubatnya masih diterima. Rahib tersebut mengatakan bahawa taubatnya tidak mungkin diterima. Orang itu, lalu membunuh pula rahib tersebut sehingga genaplah 100 orang yang telah dibunuhnya.
Setelah itu, dia mencari orang yang paling alim pada zamannya, lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia lalu mengatakan kepada orang alim tersebut bahawa dirinya telah membunuh 100 orang, apakah mungkin jika dia bertaubat, taubatnya akan diterima? Orang alim tersebut menjawab, "Ya, masih diterima. Siapakah yang boleh menghalangi antara seseorang dan taubatnya? Sekarang, pergilah engkau ke kampung ini dan ini, kerana disana terdapat orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Janganlah engkau kembali ke kampungmu, kerana kampungmu itu kampung yang teruk".
Orang itu pun lalu berangkat. Ketika dia sedang dalam perjalanan, tiba-tiba di pertengahan jalan, maut datang menjemputnya. Melihat kejadian itu, bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat azab. Malaikat Rahmat berkata : " Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah ". Malaikat Azab pula berkata : " Benar, namun dia belum berbuat kebaikan sama sekali ".
Seterusnya, datanglah malaikat lain yang menyerupai dirinya dalam bentuk manusia untuk mengadili pertengkaran mereka. Malaikat itu berkata : " Kalau begitu, ukurlah jarak dari sini ke kampung yang ditinggalkan dan ke kampung yang hendak dituju lelaki itu, ke kampung mana lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini ". Kedua-duanya lalu mengukur dan ternyata kedudukan orang tersebut lebih dekat kepada kampung yang ditujunya.
Akhirnya, malaikat Rahmat pun membawa orang tersebut".
Konklusinya ialah, taubat itu hendaklah dilakukan dengan taubat nasuha yakni taubat dengan bersungguh2 serta ikhlas dan niat LillahiTa'ala. Smoga, hadis ni memberikan pengajaran untuk kita semua. Sekian, ade mase saya update lg.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment