My fellas~

Pesanan Imam Al Ghazali

 Assalamualaikum.

Short updates for today. Smoga bermanfaat, In Sha Allah. 

Pesanan Imam Al- Ghazali :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah S.W.T berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.

Al-Allamah Al-Habib Musa Kadzhim b.Jaafar As-Saqqaf at Kuantan Berselawat KIPSAS 29 Disember 2012


-Ada masa, aku update lagi. maa'salamah wa ilal liqa'-

No comments:

Post a Comment