My fellas~

Kisah Penghijrahan Seorang Wanita



Assalamualaikum.

Lama aku menyepi. Tidak lama, barangkali juga aku sibuk dengan kehidupan duniaku. Risau juga aku tatkala memikirkan mengenai urusan akhirat aku yang masih sedikit. entah kenapa, malam ni terasa ingin berkongsi sebuah tajuk yang aku fikir sangat hebat pada pandangan aku. Bukankah begitu?

Semalam, seorang kawan aku menghantar msg di fb. "Assalamualaikum, Nasihah. Boleh aku mintak tolong?" Aku pun segera menjawab "Waalaikumussalam, Ya. Apa?" Kemudian beliau menceritakan panjang lebar mengenai dia dan geng nya ingin berubah. SubhanaAllah. Sungguh, hidayah itu milikmu ya Rabbb. Lantas segera aku tersentak dek kerana terlalu terkejut. Amat terkejut.

Kemudian aku bertanya kepadanya, atas faktor apakah dia ingin berubah? dia mengatakan bahawa, "Aku rasa tak sedap hati. Aku sekolah agama tapi berpakaian biasa." Ayat beliau lebih kurang begitu. maaf jika ada unsur tambahan. Aku mengesat air mataku perlahan yang mula membasahi di tubir mataku. Ya. Dulunya mereka sering diherdik, dihina. Lantaran itu mungkin mereka takut ingin berubah. Pandangan masyarakat mungkin akan berasa aneh dan pelik. Bagi aku, itu perkara hadiah Allah.

Aku mulai terfikir. Mereka ingin berubah meminta tunjuk ajar daripada aku. Sedangkan aku masih terkebil kebil serta masih baru belajar ingin berdakwah. Barangkali juga mereka percaya terhadapku. Hati aku berbisik supaya menyambut kepercayaan mereka dengan baik. Moga Allah bantu.

Seorang kawan aku. Dulunya sering menjadi kegilaan ramai lelaki. Menjadi perbualan setiap bibir manusia. Memandangnya seperti dia tiada harapan ingin berubah. Barangkali pandangan manusia dan pemikiran mereka terlalu cetek. Lupa akan kuasa Allah terhadap kita. Terbatasnya pemikiran kita.

LIHATLAH Allah. Demi Tuhan, dia lebih baik daripada aku mungkin. Hatinya dipancari dengan NUR yang sentiasa menyinari hatinya. Penulisannya yang tulus, pakaiannnya yang sopan. tertunduk penuh tawadhuk. Lihatlah, dulu dia dilihat dengan penuh kenafsuan. Sekarang dia dipandang penuh kemuliaan. itulah namanya penghijrahan seorang insan.

Dulu dia bercouple. Bertukar-tukar pasangan. Sekarang dirinya disimpan buat yang halal. Lihatlah ya Allah. Kau tunjukkan lah jalanMu yang kau redhai. Sungguh, sayangnya aku padanya kerana mu ya Rabbi. Mungkin dia tidak membaca blog aku ini. Mungkin dia tidak mengetahui, namanya sering ku selit dalam doaku. Namun ketahuilah wahai sahabat fillah, kau sentiasa di dalam doaku. Moga Allah dan Rasul cintaanmu. Moga terus kekal tabah, istiqomah.

#Aku seorang manusia. Pendosa tanpa noktah.

Orang yang mula-mula nak berubah memang banyak cabaran seterusnya dugaan serta ujian yang Allah Swt berikan. Sabarlah. Perlian manusia? Itu biasa. Usah hiraukan. Barangkali juga lama-lama mereka akan diam lantaran itu mereka kagum secara diam walaupun tidak berkata secara berdepan. Mungkin Allah mulai mengetuk pintu hati kita, untuk memberi peluang kepada kita kembali kepada jalanNya. Kita pendosa tanpa noktah. Tidak akan berakhir namun segerakanlah bertaubat padaNya. Sesungguhnya Allah itu maha Pengampuan.Moga terus kekal kuat! #Sincerely, Me.
*Status fb*

Wallahu'alam. Wassalam wrt.

3 comments:

  1. erhm....bila aq baca status yg hg tylis nie...
    aq mula terpikir ...siapa kah dia ??
    tapi tak mengapa...aq juga turut berdoa agar penghijrahan hamba Allah itu akn kekal..
    best gile ot...

    ReplyDelete
  2. miewaaaaaaaaaaa, ada blog tak habaqqqq

    ReplyDelete