My fellas~

Luahan Hati Berbicara di Warkah Bisu tanpa Jemu

Assalamualaikum.

Inilah kalam bisu seorang blogger. Termasuk hari ni, aku sudah 6 Hari aku berada di madrasah baru. 
Meninggalkan kawan kawan aku yang sudah lama aku kenali mereka. tipu kalau tak sedih. berjuta tipu.
Aku cuma ingin mengejar cita-cita aku. Walaupun aku pergi tanpa kerelaan, namun takdir harus aku terima. 


Lain bi'ah pabila di sekolah yang baru. lain SANGAT. kerana aku merindui bia'h ketika aku di Islahiyah. Apa Khabar mereka? sihat kah? adakah mereka jugak merindui aku seperti aku merindui mereka? adakah ketika aku pergi meninggalkan bumi Islahiyah, meninggalkan impak dan kesan yang besar buat mereka? air mata mereka gugur ke tatkala aku sudah pergi meninggalkan mereka.

Jujur, tiada siapa pun dapat menggantikan perangai mereka. To be honest, aku type dalam keadaan nangis. adakah mereka sedang membaca blog aku ini? atau ianya sekadar luahan hati dan perasaan aku sahaja? Meninggalkan mereka dalam keadaan yang drastik, menjadikan aku tidak bersedia. tidak sama sekali. Aku merindui pagi hari, yang hari hari membaca al quran di tapak perhimpunan.

Aku merindui perarakan ketika maulidur rasul. aku merindui membuat sepandok, aku merindui usrah Umar Al-Khattab. aku merindui gelak tawa mereka. aku merindui semuaaa. Ya Rabbi. tahukah mereka susah aku menyesuaikan diri tanpa mereka di sisi. tahukah mereka aku merindui mereka dalam bisu. Tahukah mereka jika aku tidak sihat buat masa ini.....................

Tidak banyak yang boleh aku katakan di sini. Aku cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru, kawan2 dan seluruh warga Islahiyah. di sana lah aku belajar berdiri dgn sendiri. belajar menghadapi arus kesusahan. belajar mencari kawan yanag betul. belajar mengetahuai bahawa sukarnya menuntut ilmu tanpa kesungguhan. terima kasih tidak terhingga buat Nurul Nasuha Bt Mahmud. sudi menjadi kawan aku sejak dari darjah 1 dan SELAMANYA. Terima Kasih buat ayahndanya iaitu Mahmud Bin Abdullah kerana sudi mengambil dan menghantar aku ke sekolah ke kangar ke rumah mereka sekalipun. terima kasih jugak buat bondanya iaitu Che Juriah Bt. Bahari di atas segala masakan dan apa jua layanan ketika aku berada di teratak mereka.

Terima Kasih buat Nasuha. menjadi sahabat setia, mendengar segala kisah aku, segala permasalahan aku. Menjadi sahabat yang baik duniaaa akhiraaaaaaaaaaaaaaaatt. sungguh aku merindui dia. Allahu Allah.. 

INSYALLAH, aku akan bawakan criteria yang baik ke sekolah baru. AMEEEN ALAIK....

Oh My Lord, please bring her to happiness. Please guide her to Your Paradise with me. Allahumma Ammeeen.

.................Salam Mahabbah wal mawaddah..........

2 comments: